Tips Design Banner Untuk Printing Bahagian 2
1. Banner Berbentuk Informasi (Kempen/Makluman)
Elemen yang patut difokuskan adalah penggunaan ayat yang sangat ringkas dan paling mudah difahami. Seterusnya penggunaan font yang tidak terlalu berat untuk dibaca. Kerana selalunya kempen-kempen atau makluman yang umum, akan merangkumi target audience yang luas. Terutama golongan-golongan yang sudah berumur.
Kita ingin design banner kempen elak kencing manis, tapi penggunaan font yang terlalu berseni menyukarkan golongan yang berusia untuk tangkap dan memahami mesej yang hendak disampaikan (Contoh).
.
2. Mempromosi/Memperkenalkan Produk
Persembahkan elemen yang menggambarkan identiti produk. Kerana sesetengah packaging(bungkusan) produk terlalu simple atau penuh dengan info yang padat. Untuk banner printing, pastikan disamping packaging produk, tampilkan elemen-elemen yang menunjukkan kekuatan produk tersebut.
.
3. Banner untuk Program/Aktiviti
Yang ni paling penting. Sebab selalunya mereka yang melakukan event, program atau aktiviti, merasakan design hanya perlu Touch n Go. Sangat membahayakan. Info yang tidak sampai, orang berkemungkinan tak sampai ke program kita.
Untuk banner ini, fokuskan elemen yang menggambarkan program pada hari yang berlangsung dengan jelas. Begitu juga dengan tarikh, tempat, dan info mengenai berlangsungnya program tersebut.
.
Insyaallah, ini hanya tips ringkas. Perkara yang saya tekankan tadi, menjadi elemen yang sepatutnya dititik beratkan dalam design banner untuk printing. Dengan mengtahui fokus ini, kita lebih jelas untuk menisbahkan elemen-elemen yang harus difokuskan dalam saiz banner yang tersedia.
*Yang berpengalaman mohon penambahbaikan
*Sekadar berkongsi sekelumit ilmu
*Maaf lambat buat kesinambungan, sedang mengikuti event.

Muhammad Syafiq Azman
Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.
Bacaan Popular
-
Berikut adalah contoh bagaimana mockup ini boleh mempersembahkan design kita: Follow and Appreciate my artwork at: Behance ...
-
Assalamualaikum dan salam jumaat semua, Semoga semua sihat dan sentiasa mempertingkatkan amal kebaikan dalam kehidupan....
-
Assalamualaikum dan hai semua, Dalam post kali ini, saya just nak share sedikit tips tentang bagaimana kita nak design poster untuk p...
-
Assalamualaikum dan hai semua sahabat, Lama tak buat perkongsian, memandangkan banyak perkara yang hendak diselesaikan. Dalam perko...

Sy ada projek utk buat banner menggabungkan 3 program...jd sy ada masalah mcm mana nk aturkan tarikh dan penyusunan kata...Mohon nasihat,terime kasih (> v <)
ReplyDelete