Tips Tingkatkan Skill


Tips Tingkatkan Skill

Awalnya, saya ingin mengakui satu benda, saya bukanlah yang terbaik untuk share tips dan sebagainya, lebih-lebih lagi saya sendiri masih baru, dan banyak perkara yang belum saya terokai. Saya sangat mengakui perkara ini.

Kedua, saya berkongsi untuk memastikan apa yang saya tahu tidak hilang sebab kadang-kadang saya akan scroll balik timeline saya untuk melihat status2 yang pernah saya kongsikan. Sebagai reminder dari penulisan sendiri.

Ketiga, sebab ada yang bertanya. Lalu saya kira elok jika luaskan lagi perkongsian. Tapi dalam masa yang sama, sangat memerlukan komen dan cadangan penambahbaikan. Apatah lagi daripada mereka yang berpengalaman. Insyaallah.

Berbalik kepada topik. Tips Tingkatkan Skill. Berdasarkan pengalaman saya sendiri

1. Banyakkan Bertanya

Jangan malu untuk bertanya mereka yang berpengalaman. Mungkin dikalangan mereka ada yang sibuk, tapi insyaallah, jika banyak rujukan yang kita jadikan tempat untuk bertanya, kita akan jumpa mereka yang sudi berkongsikan ilmu kepada kita. Selain bertanya google dan youtube, tanya mereka yang berpengalaman sebagai mentor sendiri sangat penting. 2 ways communication selalunya akan lebih mudah menyalurkan input yang tepat.

Minta komen dan pendapat mereka yang berpengalaman.
Ada masa jiwa kena kental, ada yang kritik sangat menjentik.
Ada masa kena berhati-hati, ada yang puji walhal ambik hati.
Kena seimbangkan jiwa dan raga dan bakul sekali. Hahaha....

2. Banyakkan Bahan Rujukan Sebelum Bermula

Rujukan sangat penting dalam membantu proses mendapatkan idea dengan cepat. Bahkan dapat membantu kita untuk memastikan kita menggunakan tema yang tepat dalam sesebuah design.( Asal rasa formal penulisan?Tiba2..haha)
Contoh: Kita hendak design poster/banner atau sebagainya yang berkaitan makanan. Pastikan kita ada rujukan daripada mereka yang berpengalaman. Makanan tu pula kena tengok keadaan, ada masanya makanan berkategori berbeza, maka persembahan akan berbeza.

Kalau nak yang Hipster, apa elemennya?
Kalau nak yang Retro/Klasik, apa elemennya?
Kalau nak Minimalist/Modern, apa elemennya?
Bahan rujukan akan membantu kita untuk mudah bermula, dan berada dalam dalam landasan yang betul semasa design.

3. Teruskan Buat Artwork, Jangan Tunggu Dapat Job

Dalam proses belajar dan improve, repetition sangat penting. Lagi-lagi untuk memastikan banyak benda baru yang dapat kita apply dalam artwork. Kadang2, hasil artwork sebelum ni masih banyak yang boleh improve dari komen2 dan cadangan orang lain. Mana yang perlu, masukkan dalam latihan seterusnya. Insyaallah by time, kelompangan akan terisi. Segala yang kurang, akan diperbaiki.

Insyaallah, itu sahaja la kot untuk kali ni. Tak tahu nak tambah apa dah.

  • Mohon cadangan dan penambahbaikan buat mereka yang berpengalaman
  • Mohon cadangan dan penambahbaikan juga untuk artwork saya yang ini, saya sangat hargai.

___________________

INSPIRASI ARTWORK:
***************************
Dan Banyak lagilah.

No comments