Benda Paling ASAS Untuk Design Yang Baik



Tips Design, Benda Paling ASAS Untuk Design Yang Baik

(Non-Designer ND & Designer D)

Bukanlah tips sangat, tapi informasi yang mungkin sesuai untuk mereka2 yang baru lah. Saya kongsi, sebab ada pengalaman tidak seberapa memahami asas, tetapi yakin memulakan design. Bendanya tidak salah, sebab kita akan belajar dari pengalaman. Saya kongsikan, kot kot ada yang baru, atau saya sendiri lupa benda asas ini.

Dominance, Gestalt, Balance, Hierarchy, Color, Space & Unity.

Mungkin ada beberapa lagi tambahan lain, tapi bagi saya cukup memadai jika memahami setiap keyword ini dan fungsinya dalam design.

Jika ada antara Keyword ini yang belum dikuasai, bolehlah sahabat2 buat ujikaji sedikit. Dan kadang2, bila selesai design sesuatu poster/banner/ atau yang berkaitan, benda ini yang sepatutnya kita tanya kembali pada artwork kita.

Saya ada pengalaman buat servis design, tanpa mengetahui elemen2 penting ni. Kononnya, dapat buat macam di internet buat sudah memadai. Kononya dengan ada effect2 yang nampak gempak sudah memadai. Tapi sebenarnya tidak. Akan ada banyak bahagian yang kita terlepas pandang yang menyebabkan design kita berada pada tahap yang tidak memuaskan dan tidak efektif.

"At the definition stage of a project, we are less concerned with what it will look like and more concerned with what it will be." -John Ormsbee Simonds, Landscape Architecture.

Dalam tulisan kali ni juga, saya nak kongsikan buku yang banyak mengajar saya. Buku tersebut "The Elemen of Graphic Design" by Alex W. White. Buku ni tak bosan sebab banyak teori beserta contoh untuk kita belajar on the spot dari artwork yang dikongsikan. Dah nak hancur buku ni saya baca.huhu... Dah la mahal. Tapi oklah, berbaloi.

Sahabat2 boleh juga belajar dari artikel2 atau video2 internet dengan carian Design PrincipleInsyaallah, dengan memahami perkara asas ni, bahkan dengan mengingati perkara asas ini, hasil artwork/design kita akan sedikit berbeza. Kadang2 saya sendiri walaupun faham konsep ni, tapi untuk apply sedikit mencabar sebab hendak membina hubungan antara setiap elemen tadi.

"define beauty to be a harmony of all the parts... fitted together with such proportion and connection, that nothing could be added, diminished or altered, but for the worse." -Leon Battista Alberti (1406-1472)

Insyaallah, mungkin setakat ini sajalah. tak explain lebih, sebab benda ni banyak dan panjang kalau nak terangkan. Tapi sekurang-kurangnya, kita beringat, ada elemen2 tertentu yang kita kena faham untuk hasilkan design yang berkualiti dan hidup.


  • Mohon yang berpengalaman boleh kongsikan cadangan dan pendapat
  • Mohon cadangan penambahbaikan untuk artwork saya kali ni ya, mana tahu saya boleh improve lagi, terima kasih.
  • Kredit tunjuk ajar kepada sahabat2 saya yang selalu komen cadangan penambahbaikan, dan untuk artwork ni, saya bertanya pada Cuhax Design 2.0 2.0 dan Graphic LAB Malaysia

Klik Appreciate ni di Behance:

No comments