LOGO Yang Tak Dirindukan?


Tips Design Logo #2, LOGO Yang Tak Dirindukan?

Ini artwork lama saya, baru nak kongsikan untuk umum. Sebelum tu, nak ucap selamat berada di penghujung ramadhan. Banyakkan amal dan doa kepada Allah s.w.t.
Baiklah.

Can Logos change anyting?



"Corporate logos help us to distinguish one organization from another. The way logo does this is by reflecting, visually, the activities, values or attributes that represent the organization best- in the view of the organization's leaders." -Michael Enamy. LOGO-

1. Kelainan

Sangat penting untuk para designer memahami, menghasilkan logo yang efektif, adalah logo yang mempunyai kelainan yang tersendiri. Terutama pada gambar logo tersebut. Maklumlah, kadang2 untuk teks logo tersebut, hanya font2 yang selalu menjadi pilihan para designer menjadi pilihan client.
Terpulang, samada hendak fokus kelainan pada logo type atau logo picture, unsur kelainan akan memberi makna kepada logo baru yang ingin diciptakan. Kerana itu, kajian dan ulangkaji sebelum memulakan sesuatu logo, akan mempertemukan kita dengan pelbagai jenis logo yang hampir sama dengan pembawaan yang ingin kita lakukan, tetapi berbeza dari segi kelainannya (rupa bentuk).


2. Mudah Diingati

Kadang2, tidak semua logo melalui proses yang sama. Kerana logo akan terbahagi kepada pelbagai kategori, apatah lagi pelbagai fokus target audiencenya yang tersendiri.

Namun, perkara yang paling penting untuk semua kategori logo, adalah mudah diingati. Seperti proses meletakkan jenama, mudah disebut agar mudah diingati. Begitu juga logo, mudah dilihat, agar mudah diingati.

Buatlah dalam bentuk apa, warna apa, pastikan persembahan terakhir tidak memberatkan pandangan, dan tidak menampilkan seni yang berlebihan.

"Words carry meaning, typefaces convey character."-LOGO-


3. Bermula dengan Hitam

Antara kesulitan para designer baru yang hendak buat logo adalah, mereka terus kepada logo yang berwarna. Memang tidak salah, tapi kadang2 akan menyulitkan lagi kerja.
Kerana pada akhirnya, logo tersebut akan digunakan dalam pelbagai medium. Akan kembali kepada dunia hitam putih.
Kerana itu, antara cara yang terbaik adalah dengan memastikan pecahan warna sudah dapat ditetapkan semasa proses lakaran lagi.

Insyaallah, sekadar perkongsian ringkas dari saya. Juga sedang memahami lebih lagi penghasilan logo yang efektif.

  • Artwork ini akan mengalami sedikit sahaja perubahan sebelum benar2 submit
  • Mohon cadangan dan penambahbaikan dari mereka yang berpengalaman.
  • Belajar dan berkongsi.

No comments