Pentingnya Lakaran Kasar (Sketch)


Tips Design, Pentingnya Lakaran Kasar (Sketch)

1. Anggaran Ruang

Jika job design melibatkan info atau details yang banyak, lakaran kasar akan dapat membantu kita untuk membuat anggaran yang elok untuk memanfaatkan ruang yang ada, SESUAI dengan saiz artwork.

Contoh:
Jika sahabat lihat dalam lakaran kasar dalam gambar ni, saya terlebih dahulu membuat anggaran pada ruang2 yang hendak digunakan. Pecahan kepada 5 bahagian memandangkan, susunan info dan details yang perlu ada begitu banyak. Dan pecahan yang dibuat seperti dalam lakaran, memberi gambaran kepada kita untuk menyediakan ruang dengan sebaiknya semasa proses design nanti.

2. Susunan yang kemas

Lakaran ini juga secara tak langsung membantu kita, untuk menyusun INFO2 MENGIKUT SUSUNAN YANG TEPAT. Selain kemas dengan gambaran allignment info yang hendak dibuat, pentingnya untuk memposisikan kedudukan info dengan cara yang betul mengikut fokus satu persatu design tersebut.

Contoh:
Dalam kes design menu ini, fokus utama kata client saya adalah 2 makanan special yang ada pada kedai tersebut. Sekalipun details untuk air minuman hendak dimasukkan dalam halaman yang sama, susunan akan memainkan peranan, bagaimana untuk pelanggan melihat secara teratur.

Insyaallah sekadar itulah kot. Ringkas, tapi kalau kita skip step ni, kita risau akan makan masa ketika hendak design nanti. Sekurang-kurangnya, dengan lakaran yang ada, kita sudah jelas, apa yang hendak dibuat setelah perisian untuk design dibuka.

  • Gambar artwork awal2 tahun hari tu
  • Inspirasi dari pinterest, tapi banyak lagi untuk dikemaskan
  • Mohon komen & cadangan penambahbaikan untuk menu ni,TQ.
  • Belajar dan Berkongsi

No comments