Ulasan Buku The Non-Designer's Design Book


Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua,
Adalah beberapa orang yang berminat nak tahu, saya baca buku2 apa untuk improvekan skills. Sebelum ni pon saya ada review satu buku, ni satu lagi saya nak kongsikan, ANTARA BUKU TERAWAL yang saya baca. iaitu:
"THE NON-DESIGNER'S DESIGN BOOK" by Robin Williams.
Buku ni saya suka, sebab dia sudah diterbitkan dalam banyak edisi, bermakna mendapat banyak sambutan.
Lagi penting, tajuk dia sangat sesuai dengan orang macam saya, hehehe...
Seterusnya buku ni berterus terang, apa prinsip atau undang-undang yang kita perlu tahu dalam dunia design untuk memastikan hasil kerja kita kemas dan tepat.
Saya memang belajar dari youtube sahaja sebelum ni, tetapi alhamdulillah, selepas dapat beberapa income tambahan hasil dari freelance dan buat design, saya terus dapatkan buku ini, kemudian buku2 berikutnya untuk pastikan ilmu design lebih mudah difahami.
Saya sangat cadangkan buku ini kepada sahabat2 yang baru yang ingin mempelajari asas yang paling penting dalam design melalui buku ini. Buku ini alhamdulillah telah banyak mengajar saya.
Insyaallah, untuk buku2 seterusnya, saya akan kongsikan satu persatu.
*semoga membantu
*silakan kongsi buku kegemaraan anda di komen. terima kasih.

2 comments:

  1. dekat mana boleh dapatkan buku ni area Bangi atau lembah Klang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti kawan, sebab saya beli di KINOKUNIYA. Buku international yang latest2 ni, selalunya mereka ada, berbanding big bad wolf...

      Delete