Memahami Designer dan Businessman


BUSINESSMAN AND GRAPHIC DESIGNER? How should they understand each other? Jika anda mahu memulakan Bisnes, anda akan belajar cara untuk membina jenama produk/servis anda. Jika anda ingin mencipta jenama anda, maka anda perlukan persembahan visual yang unik mewakili bisnes anda. Pakar penciptaan persembahan visual? Merekacipta sesuatu dengan tujuan menyampaikan mesej dan identiti tertentu? Jawapan anda tepat jika anda mengatakan, mereka adalah DESIGNER~~~ Tidak semua designer boleh menjalankan bisnes sendiri. Namun kebanyakan designer memahami keperluan bisnes yang perlu anda miliki. Mungkin mereka tidak memahami kehendak MARKETING, tetapi mungkin mereka memahami kehendak BRANDING. Dua perkara yang berbeza. Akan tetapi, bukan mustahil untuk menemui Designer yang pakar dalam dua perkara ini. Bahkan kemudahan memahami kedua ilmu ini sudahpun seolah seiring dalam dunia designer itu sendiri, dasawarsa kini. Ini berkait rapat dengan pengalaman yang mereka lalui.
"...branding is who you are—and marketing is how you build awareness. Branding is your strategy, while marketing encompasses your tactical goals."-Outbrain-
Kerana itu, amatlah wajar untuk para designer untuk memahami, selain hasil kerja yang cantik dan menarik, unik dan membuat orang tertarik juga penting. Untuk memahat unsur BRANDING, dan membawakan mesej MARKETING dalam hasil kerja. Dan untuk mereka yang melakukan Bisnes, adalah suatu perkara yang tepat untuk membenarkan para designer menyatakan rasionalisasi design dengan apa yang ingin disampaikan. Dan cuba untuk diadun dengan sebati, dan dengan secukup rasa, apa yang anda(businessman) ingin masukkan dalam hasil kerja mereka(designer). Fahami bidang kepakaran masing-masing. Persembahkan untuk tujuan yang sangat penting. ___________________________ Insyaallah, sekadar ini sahaja perkongsian saya kali ini. Alang-alang terbaca pasal bisnes dan design,saya cuba kongsikan serba sedikit. Apapun, banyak perkara lagi yang harus difahami dalam isu menjadi designer yang dapat memahami kehendak bisnes tertentu. *Yang berpengalaman, silakan komen dan kongsikan pendapat *Teruskan belajar... YESS Lihat resolusi tertinggi artwork ini di: https://www.behance.net/gallery/58294613/Arima-Tepung-Kek-Coklat-Lembap Rujukan: 1.http://help.outbrain.com/customer/en/portal/articles/1641546--beginner---101-branding-vs-marketing-finding-the-difference 2."20 Steps For Creating A Brand" Develope by Bloom Consulting 3.https://gomedia.com/zine/insights/difference-between-logo-design-and-branding/



No comments