Simple 3D Menggunakan Photoshop



Dua Tiga hari ni, seronok pula selongkar simple 3D menggunakan photoshop. Walaupun sebenarnya pihak Adobe baru sahaja mengeluarkan Adobe Dimension yang sangat sesuai untuk buat elemen 3D, saya pula baru nak teroka suka suki simple 3D yang ada dalam Photoshop ni. Mungkin lepas ni boleh beralih kepada Blender. Tapi software tu sedikit leceh plus controling tak berapa nak mahir lagi.

Jadi, untuk memupuk lebih jauh minat ni, kita kena berjinak-jinak dengan 3D asas ini dahulu. Rupanya bila saya kongsikan di group, ramai pula yang bertanya macam mana nak buat. Sahabat semua boleh search di Youtube berkaitan 3D menggunakan photoshop ni. Just untuk buat simple 3D. Nak buat kedut2 atau lengkuk2 yang banyak, boleh mula belajar menggunakan Blender. Free Software lagi. Saya pon sedang memahirkan diri juga.

Sebab seronok apabila dapat buat mockup 3D. Lebih kemas untuk tingkatkan kualiti servis design packaging misalnya; Sebab kita boleh teruskan dengan servis pakej termasuk visual 3D mockup produk yang akan kita designkan. Ini antara salah satu cara kita hendak meningkatkan kualiti servis kita.

Insyaallah, kalau berkesempatan, saya akan buat video tutorial sendiri untuk sahabat semua tengok bagaimana saya lakukan simple 3D dan mockup.

Kita masukkan texture dalam shape 

Kita masukkan grid garis2 ini untuk lebih tepat angle 3D yang hendak kita lakukan
Dan inilah hasil ringkas simple 3D menggunakan Photoshop :)



No comments