5 Teknik Yang Saya Suka Guna Untuk Hasil Design Yang Menarik





Assalamualaikum dan hai semua,

   Jadi dalam perkongsian kali ni, saya nak kongsikan secara ringkas teknik-teknik yang saya selalu guna untuk dapatkan hasil design yang menarik.

1. Dodge and Burn
DnB sememangnya tak boleh dielakkan dalam kebanyakan design grafik terutama untuk hasilkan design yang lebih dramatik dan punya perasaan yang tersendiri. Teknik ini mungkin akan mengambil sedikit masa, namun, hasilnya sangat ketara bila kita apply teknik ini kepada design kita.

2. Iris Blur untuk Shadow Yang Lebih Realistik
Sebelum ini, saya selalu guna teknik shadow yang manual. Kadang-kadang, kalau setakat objek/elemen yang tidak complicated, merugikan masa kalau kita nak gunakan teknik manual (menggunakan tool brush dan buat shadow yang menyamai objek).

Jadi, kalau setakat bekas2 atau bentuk2 yang tidak complicated, saya akan terus menggunakan teknik Drop Down Shadow dari "Blending Option" dan pisahkan dengan "Create Layer" lalu transform mengikut kesesuaian dan seterusnya memasukkan teknik Iris Blur.

3. Inner Glow Untuk Dapatkan Effect Cahaya
Untuk dapatkan kesan2 cahaya kepada sesetengah objek, macam dalam artwork ini, saya gunakan teknik Inner Glow kepada Model tersebut kemudian pisahkan layer dengan "Create Layer".

Kenapa saya pisahkan?

Kerana layer Inner Glow sahaja itu akan kemudiannya saya kepilkan dengan Layer Mask, dan buang bahagian2 tertentu yang boleh mencacatkan realistik effect tersebut. Atau mungkin juga pada Layer Mask tersebut, saya akan kurangkan Opacity pada bahagian-bahagain tertentu.

Dalam kes ini, Inner Glow yang telah saya setkan dengan Blend Mode Overlay, saya remove pada bahagian yang tidak berkenaan seperti pada bahagian rambut model tersebut. Hanya bahagian keliling badannya sahaja, memandangkan background atau api ada di bahagian tersebut.

4. Flare
Flare antara perkara yang menarik untuk memberi kesan tambahan yang mempunyai "WOW Factor". Ianya memberi kesan yang lebih bombastik dan dramatik untuk dilihat. Namun penjagaannya harus dikawal sebaik mungkin agar tidak terlihat terlalu over dengan effect tersebut.

5. Tunjuk Kandungan Produk Semampu Yang Boleh
Dalam design poster atau banner, penting untuk kita convince viewers terhadap produk client kita. Kebanyakan design iklan, saya akan usahakan untuk tonjolkan produk dalaman tersebut. Mungkin tidak valid untuk semua, tapi kadang-kadang saya sendiri terlepas pandang akan hal ini.

Lebih-lebih lagi kalau design untuk produk makanan. Cuba bersembahkan secara lebih menarik dan real product, agar viewers mendapat gambaran nyata produk client kita. Kalau produk air, cuba persembahkan dalam gelas atau splash, atau sebagainya. Hanya untuk memberi emosi warna produk yang sama kepada viewers yang melihat design kita.


   Insyaallah, mungkin ini sahajalah perkongsian ringkas saya kali ini. Saya sendiri pun banyak lagi perkara yang harus ditekankan untuk hasil yang lebih menarik, apatah lagi untuk menghasilkan artwork yang kreatif. Apapun kena selalu buat dan lihat daripada artwork2 mereka yang lebih berpengalaman.

   Selepas ini, saya akan adakan slot #seecreatetips di website ni. hanya untuk explain mengenai apa pakar guna, dan kita mungkin boleh belajar dari situ. Lihat dan Buat. See Create.

* Silakan kalau ada komen & cadangan penambahbaikan
* Atau kongsi tips2 yang sahabat ada :)

Lihat Artwork ini dengan kualiti HD di:
https://www.behance.net/gallery/60804561/Sambal-Citra-Klasik-Ads-Design

2 comments: