7 Azam Simple 2018 untuk Jadi Designer Berkualiti




1. Susun file dengan kemas dan tersusun. Pastikan mengikut nombor dan nama file yang sepatutnya bagi setiap file dalam setiap folder.

   Boleh rujuk website ini untuk belajar menyusun folder dan menamakan file dengan lebih baik:

*https://www.extensis.com/blog/digital-asset-management/5-tips-for-setting-up-an-organized-folder-structure/
*https://zapier.com/blog/organize-files-folders/

2. Backup segala file penting dalam clouds.

   Antara clouds yangs saya guna adalah Dropbox. Tapi sekarang lebih selesa dengan Mega.nz memandangkan lebih kemas dan lebih banyak space secara percuma yang diberikan.

   *https://www.dropbox.com/
   *https://mega.nz/

3. Kemaskan Portfolio online. Supaya dapat menginspirasikan dan mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman.

   *https://www.behance.net/muhammadsyafiqazman

4. Banyakkan membaca artikel berkaitan graphic design.

5. Sertai program atau kelas design supaya dapat berkenalan dengan lebih ramai mereka yang dalam bidang yang sama.

6. Jaga kesihatan dengan melakukan senaman ringkas dan menjaga pemakanan. Amalkan senaman ringkas walaupun berada di hadapan laptop atau komputer (office/di rumah).

7. Elakkan tidur yang berlebihan.


   
Hehe... insyaallah, kita senaraikan yang simple-simple dulu. Yang gempak-gempak tu, simpan dulu. Apapun semoga tahun ini lebih baik daripada semalam. ;)

No comments