Ada Sebab Clients Tidak Mempercayai Servis Design Grafik Kita. Apa Sebabnya?



   Sebagai seorang designer, samada kita bekerja dengan syarikat, atau bekerja sendiri (Freelance), dan suka untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes servis sendiri, kadangkala kita akan mengalami beberapa kesulitan.

Antara kesulitan yang paling ketara adalah, kesukaran untuk memahamkan clients, apa yang terbaik buat mereka melalui hasil yang kita berikan.

Pernah bukan?

   Hmmmm, saya sendiri sangat memahaminya, dan masih juga memahami perasaan tersebut. Jadi, mari kita bincangkan kenapa. Melalui beberapa pembacaan saya, salah satu daripada buku yang baru saja saya beli iaitu buku "365 Habits of Successful Graphic Designer". Antara topik yang menarik yang dibincangkan adalah pada artikel yang ke 14 bertajuk "Just Who Do You Think You Are?"

   Dalam artikel tersebut, penulis designer tersebut berkongsi:

"You can't expect clients to believe you can build their brand if you can't build your own. You have to create an overall identity for yourself and express it in your own marketing materials, It's not a bad idea to do this while you're in salaried position so can spend some money and do it right"


   Sangat padu kata-katanya. Haha... Memang sangat benar buat diri kita yang ingin menjadi salah seorang designer yang bukan sekadar dilihat sebagai seorang seni dan kreatif, tapi seorang yang mampu convert our art and design to a good business.

   Kadangkala, ilmu ini sangat penting, sekalipun kita bukan designer yang melakukan bisnes sendiri, kerana paling tidak, kita memang akan hasilkan artwork yang memiliki objektif yang tersendiri dalam menyampaikan maksud sebenar artwork yang ingin dihasilkan.

   Tidak bermakna kita tidak memahami bisnes, kita tidak boleh menghasilkan karya yang terbaik untuk clients kita. Dalam perkongsian ini, saya cuma mahu mengingatkan diri saya, betapa pentingnya kita menampilkan diri kita sebagai pakar dalam apa yang kita lakukan, agar client kita lebih yakin dan lebih menghormati pandangan dan idea kita.

   Sambungan daripada Eric Hines tadi:

"Being a business does not mean that you have to give up on individuality, fervor, and entrepreneurial, indie spirit that drove you to go out on your own in the first place. Just put all those things into the expression of your logo, identity system, and creative brand."

   Menyedari hakikat ini, jadi saya sendiri cuba untuk terus mempertingkatkan ilmu yang sedia ada, terutama dengan sentiasa melihat dan mengkaji, hasil karya daripada mereka-mereka yang sudah lama berada dalam industri ini sendiri.

   Sebab itu ada sesetengah syarikat besar, akan sentiasa melihat kepada hasil karya dan portfolio Wieden+Kennedy, dan beranggapan, adakah produk mereka akan dapat dilihat "seronok" dan "menarik" sama seperti yang pernah dihasilkan kepada syarikat NIKE, ESPN atau Miller.

   Dengan mencedok ilmu dan asbab yang ada dalam karya mereka, barulah kita dapat mengambil langkah yang selamat dalam terus mempertingkatkan kemahiran yang ada dan mampu memuaskan hati clients kita.

   Apa yang penting adalah, sejauhmana kita menampilkan diri dan bakat yang kita ada, untuk dikenali umum. Maka, adakah lagi persoalan dari clients untuk kita, meragui hasil karya  yang mampu menarik perhatian umum?

   Kerana itu persembahan Rasionalisasi Design semasa menghantarkan karya, cukup membantu, atau boleh juga melalui penjelasan terlebih dahulu kepada clients dari sudut idea dan asbab penghasilannya.

   Insyallah, sama-sama kita pertingkatkan.
 
   Paling penting, update portfolio untuk tontonan umum.  ;)

Rujukan:

1. 365 Habits of Successful Graphic Designer by Rockport Publishers
2. https://www.webdesignerdepot.com/2017/06/7-reasons-clients-dont-trust-your-ux/

No comments