Bagaimana Perkembangan Kualiti Design Kita Sepanjang Tahun 2017?

Tiba-tiba rasa seram tengok mata budak ni lama-lama. Haha...


Assalamualaikum dan hai guys,
Macam mana?

Pejam celik, celik pejam, tiba-tiba 2018. Haa, jadi marilah kita berhuhu. Jangan, jangan. Jom kita membuat koreksi diri.

Sepanjang tahun 2017, cuba kita ingat balik, perjalanan dan laluan yang telah kita lalui selama bergelar graphic designer. Ataupun Freelancer. Ataupun businessman. Bagaimana perkembangan skills kita dan perkembangan bisnes kita? Jom berlaku jujur dengan sebaiknya. Hehe...

Kalau saya, saya merasakan pencapaian saya sepanjang tahun 2017 adalah memuaskan. Tidak terlalu teruk dan tidak terlalu baik. Sebab banyak perkara-perkara baharu yang saya temui sepanjang tempoh setahun ni.

Dalam asyik mempertingkatkan ilmu dan kemahiran, teknologi tidak dinafikan semakin cepat meningkat matang dari satu peringkat ke satu peringkat. Sehinggakan kadangkala, hampir tidak sempat mengaplikasikan segala perkara-perkara baharu yang sudah berkembang. Korang tak rasa begitu? Ke saya seorang saja? Huhu...

Tapi itulah hakikat kita walaupun dalam apa jua bidang yang kita cuburi. Perkembangan teknologi dan perkembangan sistem yang ada harus diambil kira agar kita tidak mudah ketinggalan dan terus berada dalam takuk yang lama.

Dari segi persembahan grafik, juga menunjukkan perubahan dari segi permintaan client pada zaman ini. Ditambah pula platform-platform yang ada seperti facebook dan sebagainya, meletakkan standard yang tersendiri untuk meluluskan design2 yang ada untuk berfungsi secara baik dalam platform mereka. Contohnya facebook sendiri yang harus kita test design ads kita di FACEBOOK TEXT TOOLS terlebih dahulu. Jika tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, maka silap hari dan bulan, design iklan kita tidak mencapai sasaran yang seperti diharapkan.

Itu baru bercakap dari segi lepas atau tidak design kita. Kita tidak bercerita lagi dari segi perubahan saiz yang berlaku. Apakah design yang kita sudah buat, cukup baik dan responsive mengikut platform2 yang mahu kita gunakan.

Itulah antara cabaran dari segi perubahan media sosial yang ada.

Begitu juga dari segi permintaan yang ada. Lain era, lain tema, lain permintaan. Saya ada pengalaman beberapa orang pemilik syarikat kepada sesebuah produk mahu mendapatkan servis saya, hanya kerana design yang saya hasilkan, cukup mengikut keperluan yang mereka maksudkan. Sedangkan, design-design yang ada pada website beliau sudah cukup menarik dari hasil design designer yang lebih berpengalaman daripada saya.

Dari situ saya sedar, kadang-kadang, kita tidak boleh terlepas pandang untuk memiliki ilmu yang bagus dalam menilai kemahuan client kita. Ada kita, mereka sedang membicarakan mengenai trend yang sedang ada buat masa sekarang.

Jika kita ketinggalan juga dari memahami treng yang ada dalam persembahan grafik, boleh menyebabkan kita tidak dapat memberikan apa yang client mahukan.

Wahhhh, banyak kalau nak cerita tentang perkembangan dan perkara yang harus kita telitikan.

Sebab kadangakala masa, akan merubah segala rasa dan ketika. Kadangkala keperluan, akan mengubah segala kemahuan dan keinginan.

Apapun yang berlaku pada tahun 2017, dan tahun-tahun sebelum ini, biarkan berlalu. Yang penting kita sudah pegang, pengajaran-pengajaran yang kita dapat sepanjang proses tersebut.

Saya juga berharap, agar tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Lebih sistematik, lebih produktif, dan lebih positif.

Apapun, agar terus istiqamah menitipkan perkongsian di www.rahsiadesign.com agar ilmu yang saya ada, saya catatkan dan mudah hafal dan ingat. Ibarat kata cikgu-cikgu, lagi kita berkongsi dan mengajar, lagi kita ingat dan pakar.

Insyaallah... Kalau sahabat-sahabat ada idea yang hendak disuarakan kepada saya, saya amat alu-alukan. Saya pun perlu belajar banyak perkara daripada kalian semua.

Insyaallah.

Semoga 2018, lebih bermakna... Amiiin Ya Rabb... :)

No comments