Bukan Lagi Idea Lama!


Memahami kemahiran bisnes dalam dunia graphic design, sangat penting, terutama dalam memahami dan mendalimi hakikat seni yang mahu digunakan, untuk menyokong hasil kerja yang dapat membina sesebuah bisnes.

Bukan sekadar tertumpu kepada keunikan mempersembahkan idea, tetapi keunikan yang mampu menarik perhatian orang dan memahamkan mesej yang hendak disampaikan adalah penting.

Cabaran dunia design grafik sekarang tidak sama dengan zaman tiada teknologi. Jika dahulu, karya untuk difizikalkan sahaja, namun abad ini, karya berada dalam medium digital.

Perubahan media sosial, bukan sekadar mengubah kehendak saiz seperti yang ditetapkan oleh setiap platform, malah, kandungan yang perlu ada dalam grafik tersebut juga berubah mengikut protokol yang ditetapkan.

Jika tersilap pandang, mungkin seolah-olah menyekat idea dan kreativiti para designer, akan tetapi, ianya sebenarnya meningkatkan kredibiliti designer modern untuk terus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan masa.

   Untuk mengatakan, kami bukan berharga kerana seni kami sahaja, kami sendiri juga sudah lebih berharga kerana memahami apa yang dunia perlukan.

"Graphic Design is a weird art form; it is half business, half art. Most people who get into it do so because of the art. The successful ones get into it for the business."
-Art Chantry-

www.rahsiadesign.com
Font Use: Tatajam Font

No comments