Why LOGO?


Why LOGO?

     Zaman semakin maju, manusia semakin bijak dan hebat. Begitu juga cara mereka memahami sesebuah mesej dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Kegunaan bahasa, corak, objek, bukan lagi sekadar ukiran yang digunakan untuk memenuhi keperluan hidup, akan tetapi untuk memenuhi kemahuan dan keinginan yang lebih sempurna dan bermakna.

     Demi mencapai kemahuan dan keinginan yang ada untuk merasai suatu kehidupan yang stabil, indah dan sempurna, pelbagai aspek telah diprotokolkan untuk meningkatkan kualiti dan keunikan yang diolah oleh tangan manusia dalam meningkatkan nilai yang akan diperolehi, disamping memiliki keunikan yang tersendiri.

     Kenapa dengan LOGO? Kehebatan cara fikir manusia yang telah berubah, sedikit sebanyak telah mengubah cara mereka menyimpan data yang mereka terima di dalam minda mereka. Penyampaian menjadi sedikit terperinci, hanya kerana ingin menyampaikan mesej yang mudah diterima dan diingati.

     Jika dahulu tulisan perkataan yang mejadi medium untuk mewakili kata-kata, dunia sekarang sudah cukup dengan satu symbol sahaja. Perkara ini berkait rapat dengan cara sesuatu symbol tersebut meng’branding’kan diri mereka.

     APPLE, contohnya yang paling terkini, bukan lagi bermaksud buah dalam keadaan tertentu, akan tetapi mula membawa mesej sebuah syarikat yang mencipta teknologi yang hebat. SHELL, sudah mula diterima sebagai suatu perkataan yang menggambarkan syarikat petroleum.

     SAMSUNG, suatu istilah yang mungkin tiada di dalam kamus dewan, tetapi membawa mesej syarikat yang juga membawa kehebatan teknologi. Seolah-olah suatu istilah baharu yang mula dicipta dan membawa maksud yang tersendiri.

Seperti di dalam buku yang saya baca:
“The modern human mind has become incredibly adept at interpreting symbols. We are surrounded by this kind of visual shorthand: icons and isotype people on road signs, dashboards, computer screens and supermarket packaging, in magazines, maps and manuals.”
-Michael Evamy-

     Apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah, kekuatan sebuah LOGO yang bukan sekadar untuk dijadikan simbolik (walaupun tidak salah) namun, seperti yang dinyatakan di atas tadi, keunikan yang ada, akan mudah terpahat dalam minda manusia. Keunikan dan value yang ada pada logo itu sendiri.

Kerana itu, antara cabaran untuk mencipta LOGO yang baik, adalah untuk mencipta logo yang mempunyai nilai-nilai dari segi seni, grafik, dan maksud yang ingin dibawa.

     Seperti yang dikongsikan di dalam buku “Graphic Design School” oleh Thames and Hudson:
“The NIKE ‘Swoosh’ was designed in 1971 by Carolyn Davidson, Originally, it appeared with the word NIKE above it. As the brand’s recognition grew, the trademark was gradually streamlined”

     Lihatlah betapa hebatnya otak manusia yang Allah berikan. Jadi, pastikan LOGO yang hendak diciptakan berbeza, unik dengan nilai-nila yang tersendiri.:)

Insyaallah.

* LOGO The Diagnosa, sebuah website yang bercerita dan berkongsi dari sudut sains dan ilmu yang tepat oleh seorang Doktor.
* Idea LOGO ini dengan gabungan huruf T dan D, membentuk perisai, mewakili simbolik kepada imej The Diagnosa itu sendiri yang bukan sekadar memerangi mitos yang ada dalam masyarakat dengan artikel-artikel yang disampaikan, tetapi turut mempertahankan dengan bukti sains dan kajian yang benar dengan apa yang cuba dibawakan.
*LOGO ini menggunakan konsep Golden Ratio
* Font Base: Tatajam Font
* Silakan cadangan, pendapat atau komen
*Belajar & Berkongsi






No comments