Selalu Download Sumber Grafik Dekat Mana?


Selalu Download Sumber Grafik Dekat Mana?
www.rahsiadesign.com
#tanyajawab

Memandangkan ada beberapa orang bertanya, selalunya saya download di mana sumber-sumber grafik yang saya gunakan?di sini saya kongsikan antara website2 kegemaran saya. Dan pastinya kebanyakkannya adalah percuma sahaja.

Apapun Terms and Condition yang ada pada setiap website ini, adalah harus dititikberatkan. Tidak semua sesuai untuk commercial used. Sesetengah websit sudah buat pecahan untuk bezakan percuma untuk personal used dan paid for commercial.

Saya tak akan bagi tahu Freepik.com di sini memandangkan saya jarang pergi ke sana. Kadang2 tu singgahlah juga kan. Selalunya ke situ untuk dapatkan beberapa gambar orang yang sesuai.
ok, seperti dibawah ni.

1- http://thestocks.im/
Saya rasa ini website terbaik untuk kita gunakan sebagai sumber untuk dapatkan gambar-gambar atau sumber2 lain. Mungkin sebelum ini kita selalu dengar satu persatu tentang Pexels, Unsplash, Pixabay dan sebagainya, tetapi satu website ini mengumpulkan website2 percuma tersebut (dengan beberapa yang berbayar) hanya dalam satu website. Kenapa buka link banyak-banyak, sedangkan kita boleh ingat dengan satu website sahaja. Trivago membandingkan lebih daripada..... eh3... tersasur plak... hahaha... Hambar guys...sory...Ok, Website thestock ni mengkategorikan 6 sumber website percuma yang terbaik untuk kita gunakan.

2- https://pngtree.com/
Pngtree juga adalah kegemaran saya kalau saya mahu dapatkan sumber grafik yang bersaiz sedikit berkualiti dan segera PNG. Website ini limitkan kepada beberapa download sahaja dalam satu hari. Mereka sangat ketat. Tapi sebab saya ada beberapa email. Jadi, tak ada masalah sangat berkaitan isu ini.

3- https://www.flaticon.com/
Flaticon adalah tempat untuk saya dapatkan ikon-ikon yang menarik. Disini, kadang-kadang saya bukan sahaja guna untuk download ikon, tetapi sesuai untuk ambil inspirasi untuk design logo dan inspirasi untuk lihat gabungan warna yang sesuai untuk bakal logo yang akan dedesignkan.

4-http://colorhunt.co/
Colorhunt ni, saya dapat tahu dari seorang designer di instagram. Sangat terinspirasi dari karya dia. Dari situ saya selalu rujuk website ini untuk dapatkan color palette yang menarik. selain daripada ( https://color.adobe.com/create/color-wheel/ ), website ini turut membantu.

insyaallah, rasanya cukuplah untuk setakat ini. Memang ada lagi beberapa website yang lain, tapi ini cukup membantu tentunya. Semoga bermanfaat sahabat-sahabat semua. Lain-lain, saya kongsikan pada masa akan datang insyaallah.


*Design ini design tahun lepas, bahagian shadow kurang sikit. Apa-apa pun, teruskan improve dan mantapkan karya.
*Silakan komen dan cadangan penambahbaikan. 

4 comments: