Tips Warna Background untuk Simple Exclusive Design



Assalamualaikum dan hai semua sahabat,
Lama tak buat perkongsian, memandangkan banyak perkara yang hendak diselesaikan.

Dalam perkongsian kali ini, saya nak kongsikan teknik biasa yang saya guna untuk design iklan produk yang jenis simple exclusive macam ini. Hanya bermain dengan warna dan beberapa elemen sahaja untuk hidupkan poster/ads.

Memandangkan ada yang tanya, jadi saya kongsikanlah. Teknik ini sesuai untuk bawa mata orang fokus kepada produk dan untuk hasilkan design yang tidak terlampau berat.

Teknik ini rekaan dan ujian dari hasil pemerhatian sahaja, mungkin ada mereka yang lebih simple dan mudah untuk hasilkan step ini.

Errr... selain untuk nampak exclusive, kadang-kadang saya gunakan teknik design poster seperti ini apabila dapat job design iklan untuk produk yang packagingnya terlalu serabut dan sukar untuk kenakan dengan tema yang menggunakan pelbagai elemen tambahan.

Kerana kalau design packaging sudah terlampau padat, kadang2 menenggelamkan produk apabila design poster/ads yang kita buat terlalu banyak elemen tambahan sekitar produk tersebut. Ya, itulah...

Ok, senang dan simple sahaja untuk teknik ini.

1. Saya akan buat satu layer 'Solid Color'. Untuk dapatkan warna yang sesuai, saya akan menggunakan 'Color Picker' dan select warna yang ada pada produk yang lebih dominan.
Contoh dalam design ini, saya memilih warna ungu yang ada pada design sticker produk tersebut.

Kemudian saya akan drag hasil dari color picker tersebut ke bawah sedikit dari color chart tersebut, hanya untuk hasilkan warna yang sedikit gelap dari color picker yang kita selected tadi. Untuk selamat daripada warna background yang sama dengan sticker/packaging produk yang boleh menenggelamkan fokus produk tersebut.

2. Kedua, saya akan masukkan cahaya putih tambahan. Mungkin ada sesetengah orang yang lebih memilih untuk menggunakan layer 'Gradient' terus, tetapi bagi saya, adalah lebih baik untuk menggunakan cara ini, memandangkan kita boleh ubah dengan lebih manual dan jelas untuk kemudiannya.

Dengan menggunakan 'brush' dengan warna putih, saya akan klik satu kali di bahagian tengah, dan posisikan semula layer tersebut untuk berada pada center artboard. Kemudian kita boleh resize secukup rasa, hanya untuk pastikan bahagian belakang produk akan lebih menyerlah, sekaligus membawa produk ke hadapan dan lebih fokus.

Layer kedua ini juga selalunya saya akan set kepada hardlight, kemudian bermain dengan opacity layer tersebut secukup rasa.

3. Ketiga hanyalah alternatif sahaja, boleh jadi dalam pattern lain. Cuma dalam kes design iklan saya pada kali ini, lebih fokuskan kepada aura. Memandangkan produk tersebut 'Aura Bidara'. Jadi saya memilih smoke effect sedikit untuk bawa emosi aura di sekeliling produk tersebut. Ikut kepada fokus produk yang kita buat.

Produk kecantikan, mungkin boleh bermain dengan effect blink-blink atau pattern yang bersesuaian. Produk mandian, mungkin boleh masukkan elemen percikan air. Step ke-3 ini hanya emosi atau tema ringkas yang kita bawa pada produk.

Terlampau plain, atau simple bahaya juga. Risau nanti nampak kekurangan idea, instead of creative. Sekurang-kurangnya, effect ini memberi aroma baru pada design kita.

4. Saya akan masukkan Layer Gradient from Black to Transparent, dengan Gradient Style 'Radial'. Effect ini akan membuatkan poster/ads tersebut ada kesan vignate dan memberikan fokus terbaik pada bahagian tengah. Sesuai untuk iklan yang jenis produk berada pada bahagian tengah. Sama seperti contoh artwork yang saya tunjukkan ini. Kemudian, kita boleh bermain dengan opacity layer tersebut, sehingga tidak telalu gelap ketengah, tetapi cukup-cukup untuk gelapkan sekeliling artborad dan membawa fokus pada tengah poster/ads.

Insyaallah, inilah teknik biasa yang saya guna untuk elakkan produk tenggelam dengan tema yang seperti ini. Sebab kadang-kadang memang kita akan gunakan tema yang sama dengan warna produk, memandangkan ianya lebih ngam dan sesuai. Tetapi backup plan seperti ini akan membantu design kita untuk lebih stand outkan produk.

*Silakan komen cadangan penambahbaikan
*Sama-sama belajar dan improve

Website: www.rahsiadesign.com
Behance: behance.net/muhammadsyafiqazman

#seecreatetips
#rdc

No comments