3 Tips Ringkas Berjinak dengan Illustration




*Untuk logo ni, saya menggunakan konsep Golden Ratio. Sebab itu bermain dengan bulat-bulat yang nisbah separuh antara satu sama lain.

1. Elakkan Mencari Style Tersendiri

Memang setiap designer memiliki style yang tersendiri dalam karya dan artwork mereka. Tetapi untuk kita yang masih baharu, perkara yang paling penting untuk kita elakkan daripada beku dan tertekan, elakkan mencipta style tersendiri secara awal. Kerana style kita akan datang, bila kita terus buat dan buat. Ini perkara basic yang pertama untuk kita bermula. Jangan takut untuk terus mencipta illustrasi sendiri.

2. Kepentingan Pilihan Warna Yang Sesuai

Kombinasi warna yang tepat, sangat penting dalam menghasilkan illustrasi yang menarik dan tidak janggal. Saya suatu ketika selalu pelik, kenapa designer-designer hebat dapat menggabungkan kombinasi warna yang berbeza, tapi masih dalam mode yang sama. Walaupun warna warni, tetapi masih ngam kombinasi mereka.

Barulah saya tahu, rupanya dalam memastikan kombinasi warna berada dalam mode yang sama, kita harus lihat secara jelas gabungan dan percentage setiap warna asas yang ada. Termasuklah temperature dan sebagainya.

Saya akan cuba kongsikan serba sedikit tentang warna ni. Tetapi saya sendiri sebenarnya masih kurang mahir dengan warna.
Website ini
-https://design.tutsplus.com/categories/color-theory
-https://www.digitalartsonline.co.uk/…/20-amazing-techniqu…/…

3. Kuasai Base Shape

Apa yang saya maksudkan di sini adalah, bentuk asas untuk menghasilkan beberapa elemen lain. Seperti dalam artwork ayam ini yang menggunakan bulat sebagai basa shape untuk buat lengkuk-lengkuk. Begitu juga pentingnya menguasai gabungan-gabungan bentuk yang lain dalam memastikan, hasil stroke illustration yang akan kita buat kelihatan lebih kemas. Illustrasi ada pelbagai jenis, untuk yang ayam yang saya buat ini, menggabungkan elemen base shape membantu untuk dapatkan hasil yang kemas, sesuai dengan temanya.





No comments