Soalan Yang Saya Akan Tanya Sebelum Bermula Design LOGO?

Assalamualaikum dan hai semua, Lama tak berkongsi. Yup, moga kita semua terus produktif dalam kerjaya masing-masing insyaallah. Memandangkan ada yang tanya, jadi, inilah antara perkara yang saya nak kongsikan. Ini kaedah saya sahaja, berdasarkan pengalaman yang ada setakat ini. Mungkin ada kaedah yang lagi proper dan menarik. Apapun, kita sama-sama kongsikan. LOGO sangat menarik untuk dibincangkan, kerana ia merupakan salah satu skop yang sangat penting dalam penjenamaan itu sendiri BRANDING.
“LOGOS do not have to mean anything. Their main purpose is to be informative, to convey to whom or what something, something, someone or somewhere belongs.”-LOGO, Michael Evamy-
1- Apakah mesej terpenting LOGO tersebut kepada orang ramai? Setiap client, mempunyai citarasa mereka yang tersendiri untuk menghasilkan LOGO yang akan menjadi imej syarikat mereka. Kerana kepelbagaian ini, kita harus mengenalpasti, client yang sedang kita berurusan dalam kategori citarasa yang bagaimana. Dalam memastikan citarasa dan kehendak mereka selari dengan apa yang akan kita lakukan, kita harus dapatkan kepastian dari mereka sendiri, tidak wajib, tetapi untuk meraikan impian dan imaginasi mereka. Apa yang mereka mahu sampaikan. 2- Adakah LOGO syarikat lain yang menjadi inspirasi mereka? Saya selalunya akan minta client saya untuk menghantar beberapa keeping LOGO yang menjadi inspirasi mereka. Selain dapat mengenali lebih dekat dengan client, diskusi-diskusi yang kita bawakan akan sedikit sebanyak menunjukkan professional kita. Bukan sekadar Touch n Go produk. Dengan mendapatkan inspirasi ini, kadang-kadang kita secara tak langsung, dapat lihat, pattern ataupun tema yang sesuai dengan mereka. Boleh jadi dalam perbincangan ini, selalunya client akan menunjukkan contoh2 LOGO syarikat yang menjadi impian mereka untuk sampai ke tahap itu. 3-Siapakah target audience mereka? Dalam kes LOGO yang saya design untuk BUDAKECIK ini, saya sendiri yang mengenalpasti bahawa syarikat mereka ini menjual produk-produk permainan kanak-kanak. Dari situ, saya melihat, inspirasi yang terdekat adalah Toys r Us. Walaupun dalam proses mendapatkan idea, tema-tema seperti ini sangat menjadi kebiasaan untuk syarikat-syarikat yang target audience mereka adalah kanak-kanak. Kerana itu saya harus memikirkan kelainan dalam LOGO ini, dalam memastikan ada simbolik dan reka bentuk yang baru dalam design saya kali ini. 4-Tema asas? Tema ini sangat penting dalam memastikan pemilihan warna dan bentuk menepati ciri-ciri yang sepatutnya dipersembahkan sebagai identiti baharu yang memiliki keunikan yang tersendiri. Warna mungkin tidak mendominasi kerana sudah terlalu banyak ulangan, namun, kombinasi warna dan reka bentuk yang unik, akan mengangkat nilai rekaan kita.Bahagian ini memerlukan kita untuk sketch sahaja di atas kertas, sehingga mencapai apa yang kita mahukan. Jangan sesekali padam lakaran pertama dan kedua, kekalkan sahaja di situ dan lakar yang baru pada ruangan lain. Elakkan suka memadam, kerana kita tidak pasti, dari coretan pertama akan membuahkan coretan idea yang lebih bermakna. Insyaallah, setakat itu sahaja perkongsian kali ini. LOGO BUDAKECIK ini logo awal tahun 2017. Baru nak kongsikan. *Silakan komen dan cadangan penambahbaikan Rujukan: 1- https://www.canva.com/learn/feeding-creativity-find-inspiration-graphics/ 2- https://www.creativebloq.com/graphic-design-tips/tips-brainstorming-inspiration-12359-10 3- http://www.graphic-design-employment.com/how-do-graphic-design.html Client: Budakecik
Page: https://www.facebook.com/budakecikshop/








No comments