Motivasi Kekalkan Keyakinan dan Tingkatkan Potensi



Assalamualaikum dan hai semua sahabat RDC,
Sedikit perkongsian MOTIVASI DIRI saya nak kongsikan.

Cara awal saya cuba YAKIN DIRI di facebook dan lain-lain, saya buang segala prasangka buruk orang lain terhadap saya dari kawan-kawan atau orang yang pernah mengenali saya. Saya fikirkan mereka suka dengan apa yang saya suka.

Sangka buruk hanya akan merosakkan hati, dan menambahkan keegoan dalam diri. Kita mahu orang nampak kita hebat dan bagus-bagus sahaja? Sedangkan kita lupa untuk melihat siapa yang bersama kita ketika kita rendah.

Perkara kedua untuk kekal bersemangat dengan ilmu yang ada sekarang adalah, saya meyakini, ada orang sama seperti saya yang ingin tahu, apa yang saya baru tahu, dan sentiasa menerima dan menghormati komen dan pandangan mereka yang jauh lebih berpengalaman dari diri sendiri.

Keyakinan bukan soal sejauhmana hebatnya kita, tetapi soal sejauhmana kita menghargai diri sendiri.

Begitulah soal kerjaya kita dan kecemerlangan hidup kita. Bukan ukuran untuk kita sentiasa menyayangi diri sendiri, dan mencintai kehidupan kita.

Salam hujung minggu bermanfaat semua 😉👍

No comments