Value The Cost, Help Your Brand



Buat botol, atau kotak?
Owh, botol costing, botol dah mahal, kena tampal sticker lagi. Sebolehnya penampilan nampak lawa dengan kos yang minimum sebaiknya.

Ok, proceed dengan kotak baharu, tetapi dengan design yang berkonsep baharu. Saya tiada masalah dalam hal ini, asalkan penampilan lebih menarik, dan sudah pastilah, cara marketing yang terbaik juga penting untuk lariskan produk.

Sepanjang proses design packaging baru ni, saya terfikir satu idea. Idea kebiasaan yang mungkin bermanfaat untuk branding produk. Banyak berbincang tentang meminimumkan kos syarikat sepanjang proses ubah suai packaging yang baharu. Lalu saya mencadangkan, "Kenapa tidak kita ambil satu sisi daripada kotak ini, untuk kita buat bookmark? Kononnya free gift la kan? Daripada mereka buang kosong kotak kita?" Sebab kotak sangat berkualiti. Tapi asalnya team macam tidak berapa setuju, katanya akan nampak tidak kemas. Tapi bagi saya, sekurang-kurangnya, pembeli melihat value lain pada kotak kita. Sebab jarang orang simpan kotak bukan? Mungkin tidak terlalu besar idea ni, tapi pada cadangan saya, ia sangat membantu dalam membawa branding produk tersebut. Sebab saya ingat masa kecil-kecil dulu, Coco Crunch, Honey Star, pernah buat, dan saya sebagai kanak2 waktu tu sangat hargai. At least, Ibu Bapa lihat kredibiliti syarikat kita dalam memberi value kepada mereka. Bukan sekadar menjual produk semata. Apatah lagi kalau pembeli sendiri yang memanfaatkan bookmark tersebut untuk diselit ke buku-buku bacaan mereka, bukan? Di itu, kita selit logo kita pastinya. Alhamdulillah, idea dipersetujui. Tetapi, design kotak tersebut tidaklah terlihat terkeluar daripada konsep asal packaging. Ok, itu sahaja. Sengaja saya berkongsi. Mungkin bermanfaat untuk sesetengah orang, atau ada orang lain yang boleh ajar saya lagi, bagaimana mengkualiti kan kos kita dalam menghasilkan produk dan brands yang baik kepada orang awam. Insyaallah, sama2 kita belajar.
Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment