4 Tips Jadi Designer Produktif

Assalamualaikum dan Salam Isnin Produktif,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, amiiin. Sedikit perkongsian untuk diri sendiri dan sahabat semua untuk dapatkan hari yang produktif dan menjadi designer yang hebat.


Lakukan sesuatu yang baik setiap hari.

Untuk menjadi seorang penulis, menulis.
Untuk menjadi seorang guru, mengajar.
Untuk menjadi seorang penyanyi, menyanyi.

UNTUK MENJADI DESIGNER, DESIGN.

Hasilkan sesuatu, dan lakukan sesuatu.
Kemaskan portfolio dengan presentation yang lebih baik.

Yakin dengan karya yang ingin dihasilkan.
Manfaatkan segala perkara yang dimiliki hari ini demi hari yang lebih baik.

Pastikan setiap hari, anda dapat rasai benda menarik yang anda lakukan.

Kita berada dalam 2 dunia berbeza.
Dunia nyata dan dunia maya, social media.

Follow mereka yang positif. Follow mereka yang berjaya yang boleh menjadi inspirasi untuk kita mencapai impian dan meningkatkan kualiti kerja kita.

Banyakkan berkomunikasi dengan mereka yang sama impian dengan kita dan mempunyai kemahiran seperti yang kita inginkan.

Bukan sekadar follow, kita sendiri harus sebarkan perkara yang baik-baik.

Spread good vibe




Jangan pernah kecewa dengan kegagalan.
Jangan kecewa dengan hasil karya yang tidak sebanding dengan orang lain.

Kadangkala, mereka hebat kerana sudah lama mereka bermula.
Anggaplah kita masih baru, dan akan sampai ke tahap yang lebih baik dengan usaha dan yakin.

Tiada erti kesilapan dan kegagalan, yang ada hanyalah proses belajar.

Good mistakes, is a good experience.


Banyakkan menghasilkan karya untuk orang lain, bukan untuk pengguna.

Maksudnya?

Lahirkan karya dari hati, bukan sekadar keperluan diri atau bayaran.

Jadikan karya kita beremosi dan bernyawa. Hadir bersama jiwa kepada orang lain.

No comments