9 Idea Design Poster Media Sosial, Facebook, Instagram & Twitter


Pernah terfikir design apa yang boleh dibuat untuk bergaya di media sosial?
Sebagai designer, jelas dengan apa yang hendak dibuat untuk syarikat(perkerja) atau client(freelance) sangat penting. Media sosial kita harus bergaya dengan pelbagai cara untuk mendapat perhatian daripada orang ramai.
Jom, kali ni saya share 9 idea ringkas untuk design di media sosial. Insyaallah dengan gambaran ini, kita lebih seronok untuk membina enggagement dengan orang ramai melalui design. 
Jangan lupa Like, Comment dan Share
Like Page: www.fb.com/rahsiadesign
Website: www.rahsiadesign.com


01. PRODUCT KNOWLEDGE
Design yang melibatkan pengetahuan tentang produk sangat penting untuk menyampaikan maklumat tentang bisnes kita kepada orang ramai. Pastikan maklumat yang dikongsikan tidak terlampau panjang. Dalam copywriting tak mengapa.

02. QUOTES
Quotes adalah design simple yang boleh dibuat untuk mendapat enggagement daripada orang ramai. Lagi-lagi quotes yang bersesuaian dengan audience bisnes kita.

03. FLAT LAY
Flat Lay adalah design yang menunjukkan produk-produk dari view atas. Boleh search keyword 'Flat lay design' di google untuk lebih banyak inspirasi.


04. TEKA-TEKI
Teka-teki juga sangat membantu dalam membina hubungan kita dengan orang ramai. Memang ada orang yang pasti triggered nak menjawab teka-teki kita. Lagi-lagi kalau melibatkan contest atau give away

05. JENAKA
Tak ubah juga dengan design-design jenaka yang tidak melampau. Boleh jadi jenaka nasihat daripada trend2 atau isu terkini. Elakkan jenaka yang tidak berfaedah kerana risau audience lari. Hehe...

06. TREND atau CUTI UMUM
Designer memang harus prepare benda ni daripada awal. Supaya senang untuk post sebelum hari yang dimaksudkan (cuti umum). Design apa yang melibatkan isu semasa juga dapat bantu tingkatkan kredibiliti team marketing yang memahami dan follow isu semasa. Macam Domino Pizza yang selalu ikut trend.



07. PHOTOMANIPULATION
Gambarkan bisnes dan produk dengan idea yang dramatik supaya orang lebih nampak sejauhmana serius kita melihat produk/bisnes kita.

08. TYPOGRAPHY
Boleh buat secara ringkas. Hanya untuk menampilkan design dengan seni typography. Tak perlu panjang.Ringkas tapi padat.

09. TIPS & SHARING
Ramai orang yang dahagakan ilmu. Designkan mereka dengan bentuk perkongsian yang menarik, sesuai dengan tujuan mereka hadir dan sokong produk atau bisnes kita.
Kalau kita meniaga produk kecantikan, kongsikan ilmu2 berkaitan penjagaan kulit wajah dan sebagainya.

Semoga 9 tips ini membantu sahabat semua.

No comments