Garisan Penting Sebelum Printing (Bleed, Trim, Sfe Area, Crop Mark)


 Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua,
So, kali ni just nak share ilmu simple dan basic dalam dunia prinitng. Designer kena tahu supaya dapat memudahkan urusan di kilang percetakan.
Garisan Penting sebelum Printing akan membantu hasil yang akan kita perolehi. Setiap garis ini akan menentukan potongan yang baik dan actual size design dengan berkesan.
Jom kenali Garis-garis ini.
Jangan lupa Like, Comment dan Share.


Safe area berada di dalam Trim Line. Di dalam ruangan Safe Area ini lah informasi dalam design kita patut ada. Keluar daripada ruangan Safe Area ini akan ada kemungkinan ianya terpotong semasa proses pemotongan.

Safe Area boleh di set samada 1.5" atau 1" daripada Trim Line.


Trim Area akan menentukan saiz asal design.


Bleed adalah ruangan yang beberapa inci daripada garisan yang akan dipotong (Trim Line).

Fungsi Bleed adalah untuk memastikan gambar /background keseluruhan design melebihi saiz asal, dan tiada lebihan putih(kemungkinan) jika beberapa cm terkeluar semasa proses pemotongan.


Crop Mark tak ubah juga penting, untuk membantu pihak kilang set di mesin mereka untuk ukuran potongan yang sebenar.




No comments