Tips Urus Folder & File | File Management


Ok, kali ini mungkin sedikit boring, tapi tak dapat dinafikan, penyusunan file yang sistematik sangat memberi IMPAK kepada hasil kerja yang kemas dan tersusun.
Ianya akan memudahkan urusan kita, mengajar kita lebih kemas dan berdisiplin, dan hidup lebih lama dan bahagia(ayat buku, memang tiba-tiba sangat).
Penyusunan File yang sistematik akan menjimatkan masa kita, untuk mencari dan menggunakan file-file yang masih diperlukan semasa proses design berjalan.
Saya pernah suatu ketika keliru cara penyusunan file yang sistematik dan kemas. Akhirnya tak dapat istiqamah dan kembali berselerak dalam almari Desktop.
Teknik penyusunan File ini saya dapat daripada salah satu topik dari buku "Know Your Onions by Drew de Soto"
Sebagaimana bermanfaat kepada saya, semoga bermanfaatkan kepada sahabat semua.
Jangan lupa Like, Comment & Share.
Like Page: www.fb.com/rahsiadesign
Website: www.rahsiadesign.com




*01_Content Supplied:
Segala maklumat atau file daripada client berada dalam file ini. Direction client dan bahan-bahan lain yang diberikan.

*02_Reference & Concept
Folder ini digunakan untuk menyimpan segala bentuk bahan rujukan untuk menghasilkan design client. Boleh jadi design-design inspirasi daripada pelbagai sumber.

*03_Design Stuff
Di sini adalah koleksi-koleksi bahan yang akan digunakan dalam design yang bakal dibuat. Pecahkan siap-siap bahan kepada nama file yang sepatutnya. File psd, ai, img, atau lain2 supaya tidak berselerak (Sub Folder)

*04_Artwork
Dalam folder ini terkandung original file untuk design yang dibuat.

*05_Mockup & Presentation
Segala yang berkaitan untuk mockup & presentation daripada design ada di sini. perlu asingkan, kerana sesetengah job design, sangat memerlukan mockup yang banyak.

*06_Production
Ini adalah folder akhir yang akan dihantar kepada client atau siap untuk dihantar ke pihak tertentu. Tidak perlu mengandungi segala yang berkaitan dari file-file di atas.



No comments