DROPART.XYZ : Komuniti Kreatif Indiependent Terpantas Berkembang di Malaysia



Lebih dikenali melalui event mereka pada tahun lalu DROP-X (Exhibition), dan seterusnya DROPARTV yang banyak berkongsi info industri kreatif di Malaysia, Dropart sebenarnya merupakan sebuah platform berbentuk komuniti digital untuk artist dan designer.

Baru sahaja dilancarkan pada januari 2018, Komuniti ini telah berkembang bersama pelbagai program-program yang bukan “typical” malah memberi nilai baru untuk komuniti. Berkonsepkan “open source community” , dropart bukan sahaja mengumpulkan designer dan artwork, malah bersama membangunkan rangkaian komuniti-komuniti kreatif yang berkaitan dibawah 1 indiepedent industri.

Kali ini saya nak kongsikan antara platform tempatan yang terbaik untuk pengkarya seni dan designer iaitu http://www.dropart.xyz/.Platform ini  untuk designer di Malaysia berkongsikan karya dan menjadi sebahagian komuniti mereka. Tidak seperti social media biasa dimana user perlu untuk follow dan tambah rangkaian kenalan, dropart adalah sebuah platform yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bakat tanpa batasan.

Keutamaan platform ini adalah perkongsian, berkongsi dan terus berkongsi.Platform ini juga sangat simple dan mudah digunakan. Konsep directory dan portfolionya juga sangat santai dan artist biasanya tidak perlu terlalu kerap untuk mengupload karya seperti laman social lain dimana konsep “nature” platform ini bukan terlalu bersosial buat masa ini. Cuma sayangnya platform ini masih hanya dalam bentuk web.

3 Halaman utama platform ini adalah WALL yang transparent untuk semua boleh melihat artwork yang dikongsi walaupun tidak berdaftar (login), BANK sebagai directory seperti kategori yang buat masa ini hanya terdapat beberapa kategori utama sepetti graphic, photography, illustration dan pelbagai lagi. Dan tab profile untuk profile designer.

Jika anda pernah mendengar drop8,Dropart+,Dropartv, semua program-program yang dibangunkan adalah kontent dari platform berkenaan dan pada oktober lepas, dropart berjaya menganjurkan DROP-X , sebuah exhibition cross community dimana sebuah event 2 Hari yang menggabungkan pelbagai jenis pameran dan program berkaitan kreatif industry. Mereka juga aktif dengen program komuniti gathering dan sebagainya. https://www.youtube.com/watch?v=ioS41ZOciFo&t=9s

Ini antara aktiviti yang pernah saya terlibat bersama dropart. Perkongsian tentang dunia grafik dengan beberapa panel lain yang cukup dikenali ramai.


Paling kanan adalah founder Dropart.xyz, sangat humble tetapi berimpian besar untuk membangunkan industri seni dan grafik

Teruskan memberi sokongan kepada DROPART Malaysia untuk kebaikan kita bersama.

Semoga DROPART terus aktif dengan pelbagai program-program yang boleh meningkatkan lagi kualiti pengkarya seni dan grafik tanah air.

Untuk mendapat perkembangan yang lebih lanjut, boleh follow facebook page Dropart
https://www.facebook.com/dropart.xyz/

dan follow juga foundernya sendiri:
https://www.facebook.com/nurakmalmalrun

1 comment: